Wednesday, February 18, 2009

PERBUATAN PENCEROBOHAN PRIBADI

PERBUATAN PENCEROBOHAN PERIBADI
Sebarang perbuatan pencerobohan peribadi wanita adalah satu pencabulan terhadap hak asasi wanita. Ianya juga adalah satu bentuk keganasan atau serangan jenayah terhadap wanita. Insiden gambar peribadi seorang wakil rakyat wanita Pakatan Rakyat yang diambil tanpa pengetahuan dan disebarkah kepada media tanpa persetujuan beliau adalah perbuatan pencabulan maruah wanita terse-but yang seterusnya merupakan satu perbuatan jenayah yang tidak boleh dibiarkan begitu saja.
Serangan yang ditujukan kepada wakil rakyat wanita dengan perbuatan terkutuk terse-but bertujuan untuk memalukan beliau, menimbulkan ketakut-an dan seterusnya memaksa beliau melepaskan kedudukan beliau sebagai wakil rakyat. Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keji terse-but dan menggesa supaya siasatan rapi serta professional pihak polis dapat dijalankan supaya pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan terkutuk itu diheret ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.
Dalam menegakkan keadilan, kami tidak boleh bertolak ansur. Kami tidak sanggup terus mendiamkan diri demi membela nasib mangsa. Kita tidak mahu menjadi pendorong atau penyokong perbuatan keganasan terhadap wanita.
Kami mahukan penghormatan setimpal diberi kepada kaum wanita khususnya dan kami menolak sama sekali sebarang bentuk pencabulan penghormatan yang ditujukan terhadap kaum wanita terutamanya.
FELICIA LING
KETUA BAHAGIAN CHERAS PARTI KEADILAN RAKYAT
KETUA BIRO PEMBANGUNAN WANITA
EXCO WANITA PUSAT PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuesday, February 17, 2009

POLITIK PANAS

Senario politik di negara ini terus membara setelah baru-baru ini Perak telah bertukar menjadi Gangsa dengan kemelut DUN yang mengudang pelbagai taksiran pada rakyat Perak umumnya dan seluruh warga Malaysia amnya. Pelbagai andaian mengenai kedaulatan dan perlembagaan digendang di media utama dan blog-blog yang terus tanpa jemu memberi pandangan dan kritikan yang membina dan menjurus kepada persoalan kematangan politiking dari rakyat kebanyakan kepada ahli politik yang baru berjinak dan juga politikus kanan. Bukan mudah setelah berpuluh tahun memegang tampuk kuasa kepada yang telah lama berkuasa dan bukan mudah untuk memberi kuasa begitu sahaja setelah hanya hampir setahun sahaja memegang tampuk kuasa. Apa yang penting dilihat dari Merdeka Centre Survey yang memberi keputusan umum tentang apa yang tersirat semenjak peristiwa lompat-melompat menjadi satu sejarah hitam di negeri Perak. Apa yang berlaku adalah merupakan satu pengajaran yang mendalam kepada yang baru memegang kuasa dan juga pengajaran yang panas kepada yang telah lama ditampuk kuasa. Jika namanya politik, mereka yang berada didalamnya perlulah sentiasa bersedia dengan sepak terajang politik yang sentiasa ada turun naiknya. Apa yang pentingnya bukan masa untuk mengalah didalam menghadapi kemelut yang memang kalut. Mereka yang menunggu lama untuk berada di tampuk kuasa, sudah tentu akan pertahankan kedudukan walau apa sekali pun. Sudah menjadi adat politikus yang memang mempunyai cita-cita politik besar, wadah kekusaan pribadi sudah tentu menjadi perjuangan utama dari segalanya. Hari ini seorang lagi ADUN dan Exco yang merelakan diri meletakkan jawatan setelah skandal gambar yang pastinya tidak akan menjadi isu jika pihak media yang telus terus membuat laporan polis agar yang terlibat akan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Kenapa hanya mangsa yang perlu berundur? sedangkan pengkianat masih terus bermaharajalela. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sudah tentu menutup berita-berita di mahkamah yang sedang bersidang dan juga pendigitalan TV yang hanya mengutungkan pembekal dan kocek rakyat sekali lagi dirobek untuk projek pembaziran ini. Apa rasionalnya pendigitaln TV ini? Adakah kerajaan akan membelajakan ratusan juta ringgit untuk membekal dekoder percuma kepada rakyat kebanyakan? Apakah faedahnya? Sekali lagi kocek rakyat akan dirobek dengan pembelian program-program TV yang akhirnya mengutungkan pembekal semata-mata. Cukup je la dengan siaran berbayar satelit digital masa kini yang telah banyak memberi pengaruh negatif kepada warga muda dengan program-program yang melalaikan. Jika ahli parlimen dan rakyat berpiket untuk menghapuskan tol, inilah masanya juga untuk berpiket tentang ratusan juta yang telah bocor dari stesen penyiaran ini. Apa lagi yang nak disogokkan dengan 19 saluran digital baru. Kanak-kanak dan remaja kini sudah disogokan dengan internet, lepak di restoran mamak 24 jam sehinggakan kita tidak mampu untuk menigkatkan mutu bolasepak negara. Legenda bolasepak negara dahulu memberi tumpuan khusus dalam kerjaya bolasepak walaupun bayaran yang rendah kerana mereka sentiasa bersemangat melihat penonton yang penuh di stadium kerana penonton dari lapisan umur tidak disogokkan oleh hiburan multimedia dan makan-makan di restoran 24jam. Sampai bila kita nak hidup dalam kocek bocor ? Kalau ahli parlimen pakatan boleh membuat audit di syarikat konsesi lebuhraya, perkara yang sama perlu diteruskan di bukit gah ini.

Wednesday, February 4, 2009

Terkini di Perak

1. Speaker DUN telah menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mendapat perintah bahawa ketiga-tiga ADUN bagi kawasan mereka masing-masing.

2. MB Nizar dipanggil ke istana sebentar tadi selepas Najib jumpa Sultan pagi tadi. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu MB di rumah rasmi MB pada pukul 3 Petang ini untuk memberi sokongan dan membincang strategi lanjut.

3. Sultan belum membuat sebarang keputusan setelah bertemu Najib pagi tadi.

Wednesday, November 26, 2008

Ceramah Umum di PKR Cheras

Ceramah Umum telah diadakan pada Rabu,26 November 2008, 8.30 malam di Pejabat PKR Cheras, Taman Miharja.YB PJ Selatan,YB Tuan Azan Indera Mahkota dan YB Ahmad Kassim Kuala Kedah telah meluangkan masa memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa yang dibahas dan dibangkitkan di Parlimen oleh YB Pakatan Rakyat. Sambutan ceramah ulung yang dianjurkan oleh PKR Cheras telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk sekitar Cheras.

Thursday, November 20, 2008

Pejabat Baru PKR Cheras

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Cheras kini telah beroperasi di pejabat baru yang terletak di alamat seperti berikut:

PKR Cheras
Tingkat 1, Wisma Citidirect
No.117, Jalan 3/93, Taman Miharja
55200 Kuala Lumpur.

Telefon : 0392829663
Fax : 0392829662
Email : pkrcheras@gmail.com