Wednesday, February 18, 2009

PERBUATAN PENCEROBOHAN PRIBADI

PERBUATAN PENCEROBOHAN PERIBADI
Sebarang perbuatan pencerobohan peribadi wanita adalah satu pencabulan terhadap hak asasi wanita. Ianya juga adalah satu bentuk keganasan atau serangan jenayah terhadap wanita. Insiden gambar peribadi seorang wakil rakyat wanita Pakatan Rakyat yang diambil tanpa pengetahuan dan disebarkah kepada media tanpa persetujuan beliau adalah perbuatan pencabulan maruah wanita terse-but yang seterusnya merupakan satu perbuatan jenayah yang tidak boleh dibiarkan begitu saja.
Serangan yang ditujukan kepada wakil rakyat wanita dengan perbuatan terkutuk terse-but bertujuan untuk memalukan beliau, menimbulkan ketakut-an dan seterusnya memaksa beliau melepaskan kedudukan beliau sebagai wakil rakyat. Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keji terse-but dan menggesa supaya siasatan rapi serta professional pihak polis dapat dijalankan supaya pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan terkutuk itu diheret ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.
Dalam menegakkan keadilan, kami tidak boleh bertolak ansur. Kami tidak sanggup terus mendiamkan diri demi membela nasib mangsa. Kita tidak mahu menjadi pendorong atau penyokong perbuatan keganasan terhadap wanita.
Kami mahukan penghormatan setimpal diberi kepada kaum wanita khususnya dan kami menolak sama sekali sebarang bentuk pencabulan penghormatan yang ditujukan terhadap kaum wanita terutamanya.
FELICIA LING
KETUA BAHAGIAN CHERAS PARTI KEADILAN RAKYAT
KETUA BIRO PEMBANGUNAN WANITA
EXCO WANITA PUSAT PARTI KEADILAN RAKYAT

No comments: