Tuesday, February 17, 2009

POLITIK PANAS

Senario politik di negara ini terus membara setelah baru-baru ini Perak telah bertukar menjadi Gangsa dengan kemelut DUN yang mengudang pelbagai taksiran pada rakyat Perak umumnya dan seluruh warga Malaysia amnya. Pelbagai andaian mengenai kedaulatan dan perlembagaan digendang di media utama dan blog-blog yang terus tanpa jemu memberi pandangan dan kritikan yang membina dan menjurus kepada persoalan kematangan politiking dari rakyat kebanyakan kepada ahli politik yang baru berjinak dan juga politikus kanan. Bukan mudah setelah berpuluh tahun memegang tampuk kuasa kepada yang telah lama berkuasa dan bukan mudah untuk memberi kuasa begitu sahaja setelah hanya hampir setahun sahaja memegang tampuk kuasa. Apa yang penting dilihat dari Merdeka Centre Survey yang memberi keputusan umum tentang apa yang tersirat semenjak peristiwa lompat-melompat menjadi satu sejarah hitam di negeri Perak. Apa yang berlaku adalah merupakan satu pengajaran yang mendalam kepada yang baru memegang kuasa dan juga pengajaran yang panas kepada yang telah lama ditampuk kuasa. Jika namanya politik, mereka yang berada didalamnya perlulah sentiasa bersedia dengan sepak terajang politik yang sentiasa ada turun naiknya. Apa yang pentingnya bukan masa untuk mengalah didalam menghadapi kemelut yang memang kalut. Mereka yang menunggu lama untuk berada di tampuk kuasa, sudah tentu akan pertahankan kedudukan walau apa sekali pun. Sudah menjadi adat politikus yang memang mempunyai cita-cita politik besar, wadah kekusaan pribadi sudah tentu menjadi perjuangan utama dari segalanya. Hari ini seorang lagi ADUN dan Exco yang merelakan diri meletakkan jawatan setelah skandal gambar yang pastinya tidak akan menjadi isu jika pihak media yang telus terus membuat laporan polis agar yang terlibat akan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Kenapa hanya mangsa yang perlu berundur? sedangkan pengkianat masih terus bermaharajalela. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sudah tentu menutup berita-berita di mahkamah yang sedang bersidang dan juga pendigitalan TV yang hanya mengutungkan pembekal dan kocek rakyat sekali lagi dirobek untuk projek pembaziran ini. Apa rasionalnya pendigitaln TV ini? Adakah kerajaan akan membelajakan ratusan juta ringgit untuk membekal dekoder percuma kepada rakyat kebanyakan? Apakah faedahnya? Sekali lagi kocek rakyat akan dirobek dengan pembelian program-program TV yang akhirnya mengutungkan pembekal semata-mata. Cukup je la dengan siaran berbayar satelit digital masa kini yang telah banyak memberi pengaruh negatif kepada warga muda dengan program-program yang melalaikan. Jika ahli parlimen dan rakyat berpiket untuk menghapuskan tol, inilah masanya juga untuk berpiket tentang ratusan juta yang telah bocor dari stesen penyiaran ini. Apa lagi yang nak disogokkan dengan 19 saluran digital baru. Kanak-kanak dan remaja kini sudah disogokan dengan internet, lepak di restoran mamak 24 jam sehinggakan kita tidak mampu untuk menigkatkan mutu bolasepak negara. Legenda bolasepak negara dahulu memberi tumpuan khusus dalam kerjaya bolasepak walaupun bayaran yang rendah kerana mereka sentiasa bersemangat melihat penonton yang penuh di stadium kerana penonton dari lapisan umur tidak disogokkan oleh hiburan multimedia dan makan-makan di restoran 24jam. Sampai bila kita nak hidup dalam kocek bocor ? Kalau ahli parlimen pakatan boleh membuat audit di syarikat konsesi lebuhraya, perkara yang sama perlu diteruskan di bukit gah ini.

No comments: